lambang agama agama di dunia
Agama merupkan fenomena penting dalam kehidupan manusia.Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup.Semua agama mengekalkan "kepercayaan kepada tuhan',ada sesetengah agama yang mempercayai adanya dewa dan dewi dalam agama mereka.Di malaysia,agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan seprti kelompok agama.contohnya,orang melayu dianggap islam,orang india dianggap hindu,orang cina dianggap buddha masyarakat orang asli serta orang pedalaman sabah dan sarawak dianggap animisme.Ini ialah senarai agama agama yang dianuti oleh masyarakat di malaysia,
1.AGAMA ISLAM
Islam adalah agama kedua terbesar di dunia pada hari ini.Agama ini memiliki kronologi sejarah yang panjang dan perlu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bermula dari sejarah awal kejadian manusia sehinggalahirnya NABI MUHAMMAD SAW.Islam mengajar umatnya mengimani tauhid ,iaitu ALLAH SWT ,satunya tuhan yang layak disembah.Penganut ajaran ini digelar sebagai "MUSLIM" yang bermaksud seseorang yang tunduk kepada tuhan.Dari segi bahasa,"islam'bermaksud berserah diri kepada allah .Asalnya ,perkataan ini diambil dalam perkataan arab'aslamayuslimu-islaman' yang bermaksud keselematan atau menyelamatkan.Allah menurunkan wahyunya melalui paa nabi dan rasulnya.Islam membuka laluan kepada kesatuan seluruh bangsa.setiap manusia tnpa mengenal bangsa,keturunan dan warna kulit.Di malaysia,agama islam adalah agama rasmi dan majoriti penduduk malaysia beragama islam.
KEPERCAYAAN
Dalam agama islam terdapat kepercayaan yang diamalkan dan wajib dipercayai oleh agama islam ialah Rukun Iman dan Rukun Islam,RUKUN IMAN
PERAYAAN
TUHAN VISHNU
OMKARA[LAMBANG AGAMA HINDU]
Agama Hindu adalah agama kuno yang berkembang di india dan masih bertahan sehingga hari ini.Perkataan 'Hindu' merupakan sebuah nama yang diberikan bagi melambangkan anutan mereka.Agama ini politeisme dan percaya kepada kewujudan banyak tuhan dan dewa dewi.mereka juga memiliki konsep panteisme bagi menentukan keberadaan tuhan mereka.Agama hindu adalah agama ketiga terbesar di dunia selepas kristian dan islam.Agama ini turut berkembang di beberapa buah negara dan bertapak kukuh di India,Nepal dan Bangladesh.Agama Hindu tidak sama seperti agam agama lain kerana dalam agama hindu tidak dapat diketahui secara pasti dari mana atau pembawa pertama ajaran ajaran ini.Ini merupakan kesulitan untuk mempelajari agama Hindu. Di malaysia,agama Hindu diamalkan oleh masyarakat india dan ada juga dari masyarakat lain yang menganut agama Hindu.
KEPERCAYAAN
KONSEP TUHAN
PERAYAAN
PATUNG SIDHARTA GAUTAMA
3. AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan sebuah agama yang lahir dari pecahan Agama Brahma di India.Diasakan oleh SIDHARTA GAUTAMA BUDDHA dari Nepal.Buddha adalah Agama yang merangkuni pelbagai tradisi dan budaya atau kepercayaan serta amalan rohani yang sebahagiannya besarnya dikaitkan oleh ajaran Gautama Buddha,seorang yang mendapatkan kesedaran.Dalam agama Buddha tiada kepercayaan tuhan tetapi mereka mempercayai adanya dewa dan dewi.
AJARAN
>Aku berlindung dalam Dhamma
>Aku berlindung dalam Sangha
RITUAL PEMBERKATAN
Dalam agama buddha mereka juga mempercayai tentang karma dan samsara iaitu kitaran kehidupan yang berulang yang akan berterusan dalam proses kelahiran dan kematian.Karma bermaksud tindakan atau perbuatan seseorang manusia yang memberikan pengaruh kepada samsara.
4. AGAMA KRISTIAN
Kristian adalah agama yang berkait rapat dengan Yahudi dan Islam.Hari ini,agama Kristian adalah agama yang terbesar di dunia .Kristian adalah sebuah agama monoteisme di samping mempercayai konsep triniti kekuasaan tuhan.Agama ini bersandarkan kepada JESUS ,Mereka mempercayai Nabi Isa ialah Jesus.Di Malaysia, kristian terbahagi kepada 2 mazhab iaitu Katolik dan Protestan.
KEPERCAYAAN
PERAYAAN
5.AGAMA SIKH
SIKH merupakan salah sebuah agama yang terbesar di dunia.Agama ini berkembang di India.Perkataan 'sikhisme'berasal dari kata 'Sikh',yang bermaksud 'murid' atau 'pelajar'.Agama ini dikembangkan oleh 10 orang guru sikh generesi ke generasi.Agama sikh dipengaruhi oleh agama Hindu iaitu aliran Bhakti dan turut menerima tempias dari aliran sufi muslim.Agama ini mengambil struktur dari agama Islam dan Hindu.Agama sikh diasaskan oleh Guru Nanak Deva,atau dikenali oleh Nankana sahib di Pakistan.Kitab agama sikh ialah 'GURU GRAND SAHIB'.Ialah kitab yang menghimpunkan kesemua ajaran Guru sikh dari Guru yang pertama hingga kesepuluh.Dalam agama ini,mereka disuruh memaki serban bagi lelaki dan memakai selendang.Nama bagi tempat ibadat agama sikh ialah GUDWARA.
GURU SEPULUH DALAM AGAMA SIKH
KEPERCAYAAN Konsep ketuhanan dalam sikh dipengaruhi oleh Islam.Mereka percaya kepada konsep monoitesme,yang dikenali dengan IK ONKAR,bermaksud satu tuhan.Mereka juga kepada karma dan samsara dalam agama Hindu.dalam agama sikh mereka memiliki khalsa iaitu ikatan atau identiti iaitu,
Hari Vasakhi merupakan salah satu perayaan utama kaum Sikh. Sambutan Vaisakhi yang jatuh pada tanggal 14 April setiap tahun menandakan permulaan musim menuai mengikut kalender masyarakat Punjabi Sikh.Perayaan ini menggabungkan unsur-unsur keagamaan dan kebudayaan, dan sekali gus disambut bagi meraikan kelahiran Khalsa Panth oleh Guru Gobind Singh yang telah wujud semenjak tahun 1699.Budaya masyarakat Sikh ini termasuklah ibadah ‘Langar’ atau ‘dapur’ iaitu menghidang dan memberi makanan percuma kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan dan latarbelakang. ‘Langar’ disediakan di setiap Gurdwara (rumah ibadat masyarakat Sikh). Di Malaysia terdapat sebanyak 135 buah Gurdwara.
SIMBOL YIN DAN YANG
6. TAOISMETaoisme juga digelar 'DAOISME' pada asanya ialah satu aliran pemikiran dalam falsafah cina.Ia adalah aliran yang diasakan oleh LAO TZE .dari sudut bahasa taoisme bermaksud jalan atau cara yang sebenarnya sangat luas.Taoisme diamalkan oleh orang cina dalam bemtuk agama dan terbahagi kepada dua iaitu Taojio merujuk kepada agama dan Taojia merujuk kepada falsafah.Taojiao merujuk kepada amalan Tao yang bersifat keagamaan seperti percaya kepada dewa dewa dan membina rumah ibadah.Taojia pula hanya berdiri dari sudut yang dibawa oleh lao tze.Diasakan oleh lao tze atau nama sebenarnya LI ERH. KEPERCAYAAN Inti ajaran taoisme ialah Dao atau Tao yang bermaksud jalan atau cara .Dao merupakan suatu kuasa yang tidak berbentuk.Namun begitu Dao tidak pula disembah atau dianggap sebagai Tuhan.Dao yang wujud dalam bentuk benda hidup yang dipanggil DE. KITAB SUCI
Konfusianisme adalah sistem etika - sosiopolitik, ajaran falsafah dan kadangkala dianggap agama.Diasaskan oleh seorang ahli falsafah cina iaitu KUNG FU TZE.Teras konfusianisme adalah kemanusiaan.Pemikiran kung fu tze tertumpu kepada penanaman kebaikan dan penyelengaraan etika .antara negara yang mendapatkan pengaruh dari segi budaya termasuk lah china,taiwan,hong kong,macau,korea,jepun,vietnam,malaysia dan singapura. KEPERCAYAAN Dalam konfusianisme mereka tidak memiliki konsep tuhan secara jelas.tetapi mereka percaya kepada sesuatu kuasa yang tertinggi yang dikenali sebagai TIAN atau syurga.Tian dianggap tuhan kerana simbolik kepada langit.Konfusian amt menekankan nilai kemanusiaan KITAB SUCI Kitab ini mengandungi jaran dan etika ,moral untuk memberikan pelajaran kepada penganutnya.Kitab ini terbahagi kepad dua bahagiann iaitupertam dikenali sebagai Wujin(lima kitab klasik) dan kedua,Sishu(empat kitab). 8.ANIMISME
Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.Di Malaysia, animisme diamalakan oleh suku orang asli dan etnik di pedalaman sabah dan sarawak.
KESIMPULANYA
Kesimpulanya,dalam setiap agama merangakumi definisi agama untuk difahami sebagai kepercayaan ,kumpulan hukum ,panduan serta pandangan hidup yang menghubungkan kemanusiaan dengan konsep ketuhanan .Hampir setiap agama di dunia mempunyai kepercayaan dan saranan tertentu bagi menjelaskan erti kehidupan atau asal kejadian alam semesta.bahkan setip agama itu mengajak para penganutnya mengamalkan moraliti dalam kehdupan yang beretika dan bermakna.
RUJUKAN
DISEDIAKAN OLEH
NURSUHADA BINT OMAR
5041181004
KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLEGE
DHIM(COHORT 9)
|
Tuesday, 20 November 2018
AGAMA SERTA KEPERCAYAAN DALAM SESEBUAH AGAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment